Khamis, 24 Februari 2011

BULETIN UBK EDISI MAULIDURASSUL

Renungkan

Cinta rasulullah
Antara perkara yang terpenting dalam kehidupan kita sebagai orang yang beriman ialah cinta kepada Rasulullah s.a.w.
Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah yang telah mencipta kita dengan kita mencintai Nabi kita Muhammad s.a.w yang telah berkorban untuk umatnya.
Cinta pada Rasulullah s.a.w merupakan satu kewajipan bagi kita. Ia tidak boleh diabaikan dan diketepikan pada setiap masa dan ketika. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 24:
Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
Lihatlah betapa pentingnya cinta pada Rasulullah s.a.w. Sehinggakan jika kita lebih mengutamakan yang lain dari Rasulullah s.a.w, Allah telah mengancam dengan menurunkan azabnya dan tidak akan memberikan hidayahNya.
Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan cinta Rasulullah s.a.w? Apa yang dimaksudkan dari ayat yang dibacakan tadi, ulama’ telah membahagikan cinta Rasulullah terbahagi kepada dua:
• Cinta yang wajib ialah keimanan kita pada Rasulullah s.a.w.
• Cinta yang sunnah pula, ialah cinta yang menjadi ukurtara bagi keimanan kita. Iaitu cinta yang mengajak kita mengikuti sunnahnya sedaya upaya.
Maka atas dasar ini, kita semua perlu cinta akan Rasulullah s.a.w atas dasar keimanan. Ini perlu ada pada setiap tempat dan zaman. Tidak boleh di betolak ansur lagi. Tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu menanamkan keinginan untuk menambahkan kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w dengan mengikuti sunnahnya dan ajarannya terutama sekali di dalam zaman yang penuh mencabar. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya:
Ertinya: “Tiga perkara ini jika terdapat dalam diri seseorang, maka dia akan dapat merasa kemanisan iman: (Pertama) Untuk seseorang mencinta Allah dan Rasulnya lebih dari semua perkara yang lain, (Kedua) untuk seseorang mencintai orang yang lain disebabkan cintanya kepada Allah, (dan yang Ketiga) untuk seseorang itu benci pulang kepada kekafiran selepas Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan di dalam api neraka.”


Sesungguhnya cinta kita kepada baginda s.a.w adalah ukurtara keimanan kita. Sesungguhnya mereka yang tidak mencintakan Baginda s.a.w, maka dia tidak akan dapat merasai kemanisan beriman kepada Allah s.w.t.
Tetapi kenapa kita perlukan cinta Rasulullah s.a.w. pada zaman ini? Adakah tidak mencukupi kita beriman padanya sahaja? Adakah tidak mencukupi kita bersolat dan melakukan kewajipan? Adakah terdapat perkara lebih penting dari hanya cinta Rasulullah s.a.w?
Antara sebab yang memerlukan kita cinta pada baginda s.a.w:
Pertama: Rasulullah s.a.w adalah Habibullah atau kekasih Allah. Barangsiapa mencintai Rasuulullah dia akan dikasihi Allah.
Kedua: Allah telah menaburkan rahmatNya dan kasih sayangNya kepada kita dan ala mini melalui Baginda s.a.w.
Ketiga, kenapa kita perlu cinta pada Rasulullah s.a.w ialah kerana Allah s.w.t telah mengutuskan baginda sebagai rahmat untuk seluruh alam.
Baginda telah menunjukkan segala kebaikan dan akhlak mulia. Tiada perkara yang kecil, melainkan telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Perihal toleransi Rasulullah, sikap sabar baginda. Sehinggakan dengan akhlaknya yang begitu mulia musuh-musuhnya juga mengiktiraf akan keluhuran budi Baginda.
Saudara-saudara ku yang dikasihi sekalian,
Cinta bukan hanya pada dibibir sahaja. Kalau kita cintakan seseorang, kita akan melakukan apa sahaja untuknya. Jika kita cintakan padanya, kita akan menjaganya dengan diri kita. Tetapi apakah buktinya bahawa kita cintakan Baginda s.a.w?
Sumber: Media Islam Info & Majlis Ugama Islam Singapura

Imam Shafi`i
Abū ʿAbdullāh Muhammad bin Idrīs al-Shafiʿī atau Muhammad bin Idris asy-Syafi`i محمد بن إدريس الشافعي) yang popular dipanggil Imam Syafi'i adalah seorang mufti besar Sunni Islam dan juga pengasas mazhab Syafi'i. Imam Syafi'i juga kaum kerabat baginda Rasulullah s.a.w, ia termasuk dalam Bani Muththalib, yaitu keturunan dari al-Muththalib, saudara dari Hasyim, bapa saudara nabi Muhammad s.a.w.