Jumaat, 20 Mei 2011

kisah tak lucu aku..


Kisah tak lucu yang boleh aku kongsi
KISAH CUCUK PERUT RAKAN

Kisah ni berlaku ketika aku belajar di salah sebuah universiti tempatan di lembah pantai..
Untuk pengetahuan semua aku sangat suka mencucuk perut setiap kali berselisih dengan kawan-kawan rapat aku terutama sekali kawan yang perutnya agak buncit. Kerja mencucuk perut ni aku lakukan dan amalkan sepanjang semester. Boleh dikatakan ia dah jadi tabiat aku sebagai cara aku menyapa dan berseloroh dengan kawan-kawan aku. Aku dan rakan-rakan ni jenis yang suka bergurau dan mengenakan orang dan dah dapat mengenakan orang aku dan rakan-rakan ketawa beramai-ramai.. Seronok betul masa mengenakan orang tu..Prinsip kami masa tu jangan melenting tak tentu pasal kalau masa orang kenakan kita balik.. Pengajaranya kalau nak mengata orang jangan marah kalau orang mengata kita pula.. Aku nak pergi balik pada kisah aku tadi yang suka sangat cucuk perut orang tu.. kerja cucuk mencucuk perut ni dah jadi tabiat aku.. aku cari je kesempatan untuk cucuk perut kawan aku ni .. asal jumpa je mesti cucuk perut dia walau sikit tambah lagi kawan aku ni suka buat melatah bila perutnya dicucuk.. dan kami akan ketawa… Suatu hari nak jadi cerita dan Allah nak bagi aku pengajaran kot.. mungkin juga sebagai asbab aku untuk berhentikan tabiat buruk aku ni.. hari tu hari Jumaat.. aku pergi solat Jumaat dengan membonceng motor kawan aku yang aku selalu sangat cucuk perutnya.. sambil-sambil atas motorpn aku duk cucuk perutnya dan kami ketawa… lalai betul nak pergi masjidpun masih lagi duk tergelak.. tapi bila dah mesra dan rakan sejati ni macam tak kisah dah.. tak kira tempat asyik nak bergurau je.. Jadi dah sampai masjid tu nak pendekkan cerita.. jadi aku tak ceritalah apa yang khatib khutbahkan mungkin juga aku tertidur masa khatib berkhutbah lepas solat dan mengaminkan doa cepat-cepatlah aku bergegas keluar cari selipar kerana ada kuliah lepas dalam pukul 3 petang. Aku tunduk sambil mecari-cari selipar yang bercampur aduk dengan selipar orang lain yang masing-masing nak cepat keluar untuk sambung urusan masing-masing selepas Jumaat. Dalam mencari selipar aku tu datanglah sekujur tubuh yang memakai baju sama warna dengan baju kawan aku tadi dan nampak perut buncitnya.. apa lagi bila tengok perut buncit depan mata aku aku lakukanlah tabiat aku tu.. aku cucuklah perut yang depan mata aku tu dengan jari telunjuk aku.. lepas aku cucuk aku pandanglah ke atas.. alangkah terkejut dan malunya aku masa tu.. perut yang aku cucuk tu bukan perut kawan aku.. orang tu terkejut beruk kerana tetiba je perutnya kena cucuk.. mujurlah orang tu bukan orang yang panas baran.. kalau dia panas baranpun dia dah tak boleh berfikir masa tu sebab dia dah terkejut kerana perutnya dicucuk orang yang tidak dikenali semasa keluar dari masjid.. aku dengan muka malu besar-besaran mengangangkat kedua belah tangan minta maaf.. “ maaf bang.. sori.. sori saya ingat kawan saya tadi..” malunya aku….  Dia tersenyum dan berlalu pergi.. aku sebenarnya sedang menahan gelak aku... kalau aku gelak masa tu tentu aku kena belasah kat situ juga.. habis cerita tu.. aku pun balik ke kolej dan biasa kami akan berkumpul dalam satu bilik untuk berborak selepas pergi solat Jumaat.. masa atas motor aku tak cerita lagi pada kawan aku yang aku dah tersilap cucuk perut orang Bila semua dah berkumpul akupun cerita.. aku mulalah buka cerita..“nak dengar kisah abang tak..”.. diorang semua tertumpu pada aku dan tak sabar-sabar nak dengar cerita.. diorang memang dah tau tabiat suka cucuk perut aku tu.. aku memang tak tahan-tahan nak ketawa atas kesilapan aku tadi tu akupun cakap… “tadi abang tersalah cucuk perut orang kat masjid masa nak pakai selipar, ingatkan Amar rupanya orang lain”.. apa lagi kami semu ketawa, melompat-lompat sampai menitiskan air mata.. tak tau lah air mata apa yang dititiskan.

PENGAJARANYA:
Jangan bergurau melampau-lampau sampai semua tempat nak dijadikan tempat bergurau, bimbang nanti padah menimpa. Nanti kata orang-orang tua MALU DAPAT SAKITPUN DAPAT.  Sekian kisah tak lucu aku.

Rabu, 18 Mei 2011

Kisah lawak yang dulu...



Kisah Lawak
·       Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
·      
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.  Aku yang ‘konon’nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi.

·       Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
·       Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. 

·        Kadang-kadang kita tenyum dan ketawa sendirian untuk merawat hati yang luka
·        Luka ditangan nampak darahnya. luka di hati siapalah yang tahu
·        Senyumlah dan ketawalah jika itu adalah ubatnya
·        Tapi jangan selalu. nanti…..

·        Rawatlah luka dihati anda dengan:
·        Berfikiran positif
·        Bersangka baik
·        dan bersykur atas apa jua kurnian dan ujian Allah
·       

setiap apa yang terjadi pasti ada makna dan hikmahnya
CikD012011ubk

Selasa, 17 Mei 2011

TIP MENJADI GURU YANG BAIK

TIP MENJADI GURU YANG BAIK
1. Membetulkan niat untuk menjadi guru.
Marilah sama-sama kita membetulkan niat kita, kenapa kita menjadi guru? Hanya sekedar mencari nafkah atau memang benar-benar ingin mengabdikan diri di dunia pendidikan agar dapat menbina  generasi penerus bangsa yang berkualiti?
2. Memiliki akhlak yang mulia
Hindarilah sifat-sifat tercela seperti membenci, marah yang berlebihan, mengeluarkan kata-kata kasar dan kotor, mencaci maki murid, dendam terhadap murid, dan berlaku tidak sopan terhadap murid. Hargailah murid terlebih dahulu sebelum kita minta murid untuk mengahargai kita. Sayangilah murid, sebagaimana kita sayang pada anak kita sendiri. Bukankah akhlak itu sangat penting dalam proses pendidikan manusia?
3. Sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik
Jika sekarang kita sudah baik, berusahalah terus untuk menjadi lebih baik untuk hari-hari berikutnya. Jika kita belum baik, maka perbaiki diri kita mulai sekarang dan terus ditingkatkan untuk hari-hari berikutnya.
4. Pandanglah murid itu sebagai manusia yang telah memiliki potensi masing-masing.
Jangan pandang mereka sebagai gelas kosong yang siap kita tuangkan air sampai penuh, Setiap manusia pasti memiliki potensi, peranan kita hanya mengasah dan mengembangkannya saja. Dengan demikian, proses belajar akan lebih bermakna.
 5. Jangan pernah merasa diri kita selalu betul dan murid tidak boleh lebih baik dari kita.
Setiap manusia tidak ada yang sempurna. Meskipun kita guru dan lebih tua dari murid, kita tidak dapat lari dari buat  salah. Dan murid, walaupun lebih muda dan mungkin ilmuya belum sebanyak kita, tetap berpeluang untuk lebih baik dari kita. Kita sama-sama manusia, yang memiliki peluang yang sama untuk berbuat salah. Mengajar itu ibadah, jadi.. jangan pernah berputus asa atas pelbagai masalah yang kita temui selama menjalani proses pendidikan ini. Insyaallah, amal baik kita selama menjadi guru akan membawa kita pada darjat kemuliaan di sisi Allah subha nahu wataala. Wassalam.
Rujukan: Blog guru dari internet

BULETIN UBK EDISI HARI GURU 2011

Guru adalah profesion yang sangat mulia. Kerana gurulah yang membuat seseorang boleh menjadi seorang perdana menteri, jadi ahli politik, jadi guru, jadi doktor, jadi profesor, jadi ahli perniagaan yang berjaya  dan lain-lain. Lebih-lebih lagi menjadi seorang guru di sekolah rendah, sangat  besar jasanya kepada kita semua. Tanpa mereka, ramai di kalangan kita ini akan buta huruf. Guru sekolah rendahlah yang telah mengajarkan kita bagaimana untuk kita membaca dan menulis, mengira dan sebagainya. Selain ibu bapa kita, guru sekolah rendah jugalah yang mengajar kita  budi bahasa, sopan santun, dan saling menyayangi antara satu sama lain. Begitulah mulianya tugas seorang guru.  Guru mengajar anak orang supaya boleh membaca, menulis dan mengira serta memperolehi segala ilmu pengetahuan, kemudian mendidik anak orang supaya menjadi manusia yang baik dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, sungguh berat sebenarnya tugas seorang guru. Guru mengajar dan mendidik murid dalam usaha  membina generasi penerus bangsa yang berkualiti, berakhlak mulia, serta mampu menjadi modal insan yang berupaya membuat perubahan dalam pembangunan masyarakat dan negara. Boleh dikatakan bahwa guru adalah penentu kepada  keberhasilan negara dalam melahirkan generasi yang berkualiti pada masa hadapan. Di tangan gurulah masa depan generasi muda akan ditentukan. Oleh kerana itu, sebagai guru kita mesti berhati-hati dalam menjalankan tugas mulia ini. Jika kita tersalah langkah dalam mendidik mereka, maka akan terhasilah produk pendidikan yang  pincang dan bermasalah. Ingatlah wahai para guru, bahawa yang kita cetak dan kita ukir pada hari ini adalah manusia. Oleh yang demikian, perlunya kerja keras dan kesabaran yang optimum di kalangan kita dalam menjayakan matlamat pembinaan modal insan yang kamil. Tugas ini berbeza sekali dengan kerja buat kita dalam membina binaan fizikal yang boleh kita musnahkan jika ianya tidak memberikan manafaat kepada kita. Apa yang kita cetak dan bentuk sekarang adalah makhluk hidup.  Kita harus lebih teliti dan banyak belajar bagaimana cara untuk kita membina acuanya agar output yang dihasilkan juga sesuai dengan yang diharapkan.